NADI – MAHIR: Mahir Masak & Mahir Foto Minggu 9
10 Mac 2026 | Aktiviti Terkini9 – 13 Mac 2026 – Pusat Sebaran Maklumat Nasional (NADI) Felda Pasoh 3, peserta telah mengikuti kelas atas talian NADI – MAHIR: Mahir Masak & Mahir Foto Minggu 9. Seramai 1 orang peserta mahir masak dan 1 orang peserta mahir foto telah mengikuti kelas atas talian ini. Kelas ini bermula dari jam 3.00 petang sehingga 4.30 petang.
NADI – MAHIR: Mahir Masak Modul 9 – Kek dan dekorasi – Kelas kali ini memberi pendedahan kepada peserta tentang asas penyediaan kek, teknik membancuh adunan, cara membakar dengan betul serta kemahiran menghias kek menggunakan krim, fondant dan topping. Peserta juga belajar teknik dekorasi kreatif untuk menghasilkan kek yang menarik, kemas dan sesuai untuk jualan.
NADI – MAHIR: Mahir Foto Modul 9 – suntingan gambar dalam fotografi - proses & teknik suntingan gambar, aplikasi editing popular & sesi praktikal suntingan gambar. lebih kreatif dan berkualiti. Modul suntingan gambar dalam fotografi memberi pendedahan tentang proses dan teknik asas editing untuk menghasilkan gambar lebih kreatif dan berkualiti. Peserta diperkenalkan dengan aplikasi suntingan popular serta belajar melaras warna, cahaya dan komposisi melalui sesi praktikal bagi meningkatkan kemahiran menghasilkan foto yang lebih menarik dan profesional.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: